Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia
  • SEMASA

Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai AS$36 juta kepada syarikat Malaysia

Utusan Sarawak 15 hours ago

BISHKEK (Kyrgyzstan): Kyrgyzaltyn OJSC telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dan kontrak jual beli emas  dalam bentuk jongkong dengan Public Gold Marketing Sdn Bhd, menurut syarikat itu.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Kyrgyz (Kabar), MoC itu ditandatangani sempena lawatan rasmi Presiden Sadyr Zhaparov ke Malaysia dari 24 hingga 25 Jun lepas.

Kyrgyzaltyn telah memeterai perjanjian dengan syarikat Malaysia, Kumpulan Public Gold, bagi jual beli 300 kilogram (kg) emas Kyrgyz dalam bentuk jongkong emas satu kg pada tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan sekitar AS$36 juta.

Setakat ini, 50 kg jongkong emas daripada 300 kg itu telah pun dijual dengan nilai AS$5.6 juta.

Sebagai sebahagian daripada MoC ini, Kyrgyzaltyn merancang untuk mempelajari pengalaman penyelesaian pemasaran syarikat Malaysia itu dalam penjualan jongkong emas, termasuk penggunaan mesin layan diri bagi penjualan emas secara tanpa sentuhan.

Pemeteraian dokumen ini dengan pihak Malaysia merupakan peristiwa penting bagi pembangunan perdagangan antara Republik Kyrgyz dan Malaysia, serta membantu mengukuhkan kedudukan Kyrgyzaltyn dalam pasaran antarabangsa khususnya di rantau Asia Tenggara (ASEAN).– Bernama-Kabar

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tegaskan tanah rakyat tidak diambil secara percuma
Next: Anwar adakan lawatan sulung ke Itali mulai hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.