Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu
  • GLOBAL

Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GUNUNG Fuji.

FUJIYOSHIDA: Gunung Fuji, puncak tertinggi di Jepun, akan dibuka untuk musim mendaki musim panas tahun ini pada awal Julai dengan yuran dan sekatan baharu, lapor Jiji Press.

Mulai tahun ini, kedua-dua Wilayah Shizuoka dan Yamanashi di tengah Jepun, di mana gunung itu terletak akan mengenakan bayaran 4,000 yen (AS$25) seorang bagi pendaki yang melepasi stesen kelima.

Sekatan akan diperketatkan bagi mengelakkan kesesakan di laluan pendakian serta membanteras pendakian malam secara sembarangan. Ia termasuk larangan memasuki kawasan melepasi stesen kelima antara pukul 2.00 petang hingga 3.00 pagi keesokan hari.

Seorang pegawai pengendali pondok gunung menyuarakan harapan agar langkah baharu ini dapat mengurangkan kesesakan pendaki dan mengurangkan sampah.

Musim mendaki tahun ini akan bermula pada Selasa bagi Laluan Yoshida di bahagian Yamanashi di gunung setinggi 3,776 meter itu, manakala Laluan Fujinomiya, Gotemba dan Subashiri di bahagian Shizuoka akan dibuka pada 10 Julai.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pelancong Malaysia selamat selepas terapung ketika snorkel di Pulau Gili Lawa
Next: Lebih 50,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.