
KUCHING: Program Karnival Kerjaya MyFutureJobs S-Cat 2025 kembali lagi tahun ini, membawa lebih banyak peluang pekerjaan kepada pencari kerja di negeri ini.
Bakal berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), karnival yang dianjurkan secara percuma itu menawarkan lebih 1,500 kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh lebih 30 majikan daripada pelbagai sektor industri.
Pencari kerja yang hadir berpeluang menjalani temu duga secara terus, selain mengikuti sesi bimbingan kerjaya dan penyediaan resume, serta mendaftar akaun di Portal MYFutureJobs.

Urus setia menggalakkan pengunjung membawa resume dan dokumen sokongan, berpakaian kemas dan hadir awal ke lokasi program bagi memaksimumkan peluang yang ditawarkan.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar penyertaan melalui pautan ini: https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php.
Karnival ini terbuka kepada semua dan tidak dikenakan bayaran penyertaan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Sarawak, Mohamad Teety Shafrizan Kanchil di talian 019-659 9701 atau e-melĀ shafrizan.kanchil@perkeso.gov.my.
Oleh Shikin Mahmud