Bot tunda ditahan APMM Bintulu, gagal lapor pertukaran nakhoda

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DITAHAN…Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu menahan sebuah bot tunda kerana disyaki gagal melaporkan pertukaran nakhoda.

BINTULU: Sebuah bot tunda ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu kerana gagal memaklumkan pertukaran nakhoda kepada pihak berkuasa, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, bot tersebut ditahan pada 11.00 pagi di kedudukan 0.5 batu nautika barat laut Pantai Tanjung Kidurong oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia menerusi Op Tiris 3.0 dan Op Permai 01/2019.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan oleh enam kru, termasuk seorang nakhoda warga Indonesia dan seorang kru warga tempatan, berusia antara 20 hingga 49 tahun,” katanya.

Beliau berkata, bot berkenaan disyaki melanggar Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, iaitu gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal mengenai pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.

Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman kompaun sebanyak RM2,500.

Bot bersama kru telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

Oleh Liong Chai Ling

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.