Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan Maal Hijrah, doa kesyukuran pelantikan semula Senator Dato’ Ahmad
  • SEMASA

Sambutan Maal Hijrah, doa kesyukuran pelantikan semula Senator Dato’ Ahmad

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS Sambutan Maal Hijrah 1447H dan doa Kesyukuran pelantikan Senator Dato’ Ahmad Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili Sarawak yang berlangsung malam ini di Surau Darur Rahman, RPR Fasa 2 Batu Kawa.

KUCHING: Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H dan doa Kesyukuran yang berlangsung malam ini di Surau Darur Rahman, RPR Fasa 2 Batu Kawa disambut dengan penuh rasa syukur dan keinsafan sekali gus meraikan pelantikan semula Senator Dato’ Ahmad Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili Sarawak.

Pada masa yang sama, majlis juga disempurnakan dengan doa Al-Fatihah khusus untuk Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang dikasihi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penghulu Sariee Mansur, Ketua Masyarakat beragama Islam, Kaunselor dari Majlis Perbandaran Padawan, pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Kuching, masyarakat setempat dan ahli jawatankuasa surau.

Turut hadir ialah penceramah jemputan, Wan Lukmanhakim Wan Sajali yang menyampaikan tazkirah bertemakan semangat hijrah, muhasabah diri dan pengukuhan iman dalam menghadapi cabaran dunia moden.

MAJLIS Sambutan Maal Hijrah 1447H dan doa Kesyukuran pelantikan Senator Dato’ Ahmad Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua mewakili Sarawak yang berlangsung malam ini di Surau Darur Rahman, RPR Fasa 2 Batu Kawa.

Dalam pada itu, Dato’ Ahmad turut menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk menyambung khidmat sebagai Senator.

“Hijrah mengajar kita erti perubahan ke arah kebaikan. Maka, pelantikan ini saya anggap sebagai satu fasa hijrah baharu dalam perjuangan dan amanah saya untuk rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha menganjurkan majlis yang mengeratkan ukhwah, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan nilai keagamaan dalam komuniti setempat.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan jamuan ringan, yang disambut dengan semangat kekeluargaan serta harapan agar tahun baharu hijrah ini membawa lebih banyak keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan untuk semua.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak
Next: PBB Belia Piasau gesa Nurul Izzah mohon maaf isu tanah NCR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.