Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut, kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
  • KEMALANGAN

Warga emas maut, kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEMALANGAN MAUT…. Kemalangan maut berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo KM431 Betong-Sarikei-Meradong, hari ini. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas, 77, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dengan kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pan Borneo KM431 Betong-Sarikei-Meradong, hari ini. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata pihaknya dimaklumkan oleh pengadu berkenaan kemalangan maut tersebut lebih kurang 2.00 petang. 

“Kemalangan tersebut melibatkan motosikal dan kereta. Penunggang motosikal dari Sarikei menuju ke Sungai Rusa manakala kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 30 tahun datang dari Kuching menuju ke Sibu. 

“Penunggang motosikal secara mengejut mengubah haluan dari lorong sebelah kiri jalan ke lorong sebelah kanan jalan tanpa memberi sebarang isyarat lampu. 

“Pemandu kereta yang bergerak lurus di laluan kanan telah melanggar penunggang motosikal dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi. 

KEMALANGAN MAUT…. Kemalangan maut berlaku di Lebuhraya Pan Borneo KM431 Betong-Sarikei-Meradong, hari ini. Foto IPD Sarikei

Katanya, kerosakan kereta pada keseluruhan bahagian hadapan dan motosikal pada bahagian belakang dan tepi kanan.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Hospital Sarikei pada 2.20 petang. 

“Kes masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika ada saksi melihat kejadian, sila hubungi polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim di talian 084-652222 sambungan 279,” katanya. 

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya yang lain supaya berhati-hati ketika memandu. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat mangsa disambar buaya ditemukan 300 meter dari lokasi kejadian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.