Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sepanyol bersiap hadapi gelombang haba dengan suhu lebih 40 darjah celsius
  • GLOBAL

Sepanyol bersiap hadapi gelombang haba dengan suhu lebih 40 darjah celsius

Utusan Sarawak 12 hours ago

MADRID:  Sepanyol dijangka mengalami gelombang haba pertama tahun ini dengan suhu maksimum melebihi 40 darjah Celsius, menurut ramalan perkhidmatan cuaca negara AEMET pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bermula Sabtu, 75 peratus daripada semua kawasan perbandaran di negara itu dijangka berdepan risiko kesihatan pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Suhu paling panas, mencecah sehingga 43 darjah, dijangka berlaku di wilayah selatan Andalusia.

Bagaimanapun, penduduk sekitar Zaragoza di timur laut juga dinasihatkan bersedia menghadapi suhu tinggi.

Orang ramai disarankan untuk tidak keluar rumah pada waktu paling panas pada siang hari jika boleh. Namun, pada waktu malam juga tiada kelegaan sebenar kerana suhu dijangka kekal melebihi 30 darjah Celsius walaupun selepas tengah malam.

Ketika malam tropika seperti ini, suhu hanya turun kepada sekitar 25 darjah pada awal pagi sebelum kembali meningkat selepas pukul 6.00 pagi.

Gelombang haba ini dijangka berlarutan sehingga Khamis.

Kejadian haba melampau kini berlaku lebih awal dalam tahun, dengan pakar mengaitkannya dengan perubahan iklim akibat dicetuskan manusia.

Menurut AEMET, hanya dua gelombang haba direkodkan pada bulan Jun antara 1975 hingga 2000, manakala sembilan telah berlaku antara 2000 hingga 2024.

Tahun ini, suhu sekitar 40 darjah Celsius telah berlaku pada bulan Mei, cuaca yang biasanya hanya berlaku pada bulan Ogos.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Bapa disiasat kerana tinggalkan anak dalam kereta yang panas di Slovakia
Next: Teori asal usul COVID-19 masih belum terungkai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.