Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 10 petinju TBBC Sri Aman mara ke final
  • SUKAN

10 petinju TBBC Sri Aman mara ke final

Utusan Sarawak 1 day ago
TBBC Sri Aman meraikan kejayaan mereka selepas 10 petinju mereka menempah tiket ke perlawanan akhir malam tadi. Foto TBBC Sri Aman

SIBU: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila tiga petinju mereka berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir pada Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu selepas menewaskan lawan masing-masing malam tadi.

Tiga petinju yang mara ke pusingan akhir itu ialah Nelson Nankai Sibat yang beraksi dalam kategori Junior 15-16 tahun (50kg), Mohd Zulkarnain Iswandy (54kg) dan Fenstein Fabrian Dominic (71kg).

Ketua jurulatihnya, Kamaruddin Mohammad berkata dengan kejayaan itu ia menjadikan jumlah petinju TBBC yang berjaya melangkah ke pusingan akhir ialah 10 petinju.

“Untuk aksi perlawanan hari ini, seramai tujuh petinju akan turun gelanggang bermula pada 2.30 petang.

“Petinju pertama TBBC yang akan beraksi dalam perlawanan akhir iaitu Muhammad Nur Faiz Mohamad Taib akan menentang petinju daripada Kelab Tinju Panglima Seman, Shean Shamsuddin dalam kategori Light Bantam Weight (44kg),” katanya.

Kamaruddin berkata pada aksi sebelah malam pula bermula 7.30 malam nanti, menyaksikan enam petinju TBBC akan beraksi yang mana Nelson Ningkai Sibat akan menentang petinju daripada STD, Cyrill Cyeventxaxier kategori Fly Weight (50kg) diikuti Zulkarnin Iswandy akan menentang petinju JAB, Ainul Najwan Edward dalam kategori Bantam Weight (54kg).

Selepas itu, Muhammad Irfan Mohammad Ishak akan menentang petinju JAB, Adam Ng Guan Sen dalam kategori Feather Weight (57kg), Lazelrius Chung Huang Sheng menentang petinju KBC, Mathedius Chai Nanguh dalam kategori Light Welter Weight (63kg), Tristan Aeden Minggu menentang Ryan Fabiano Maikclay daripada FVM dalam kategori Welter Weight (67kg) dan Fenstein Fabrian Dominic akan menentang petinju daripada STN, Abraham Samuel Jerry dalam kategori Light Middle Weight (71kg).

Manakala tiga petinju yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir malam tadi akan beraksi pada esok hari.

“Saya berharap kesemua tujuh petinju yang beraksi dalam perlawanan akhir hari ini menghadiahkan kilauan emas buat TBBC Sri Aman, begitu juga tiga petinju yang turut menjadi sandaran beraksi dalam pusingan akhir esok,” ujarnya.

Terdahulu, empat petinju TBBC Sri Aman iaitu Mohamad Zakwan Kamaruddin, Fikry Dainal Abdullah,

Bellamy Simon Vivlingthon Banau dan Zarif Naqiu Abdullah telah menghadiahkan pingat gangsa.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata persiapan anak-anak buahnya menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu yang di bantu oleh empat jurulatih iaitu Joe Engkujat, Mohamad Ishak Wahab, Bibi Nurfaezah Md. Mujahidin Sonata dan Siti Nur Azhyani Sukor telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 35 sertai perlawanan badminton sempena Hari Antidadah 2025 di Sibu
Next: Safee letak jawatan Presiden PFAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.