Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 125 pemilik rumah di Taman Rajang digesa daftar pampasan sebelum 4 Julai
  • Tengah
  • WILAYAH

125 pemilik rumah di Taman Rajang digesa daftar pampasan sebelum 4 Julai

Utusan Sarawak 1 day ago
BERTEMU RAKYAT…..Tiang bertemu dengan pemilik rumah di Taman Rajang.

SIBU: Baki 125 pemilik rumah di Taman Rajang yang masih belum mendaftar bagi menerima pampasan diminta segera tampil ke Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelawan sebelum tarikh akhir pada Jumaat, 4 Julai ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata setakat ini, seramai 195 pemilik rumah telah mendaftar.

“Masih terdapat 125 pemilik rumah yang belum mendaftar. Saya menggesa mereka tampil segera untuk menuntut pampasan yang sewajarnya”, katanya.

Beliau turut menggesa penduduk Taman Rajang untuk menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tinggal berdekatan.

Bagi pemilik rumah yang tidak pasti kelayakan mereka, mereka digalakkan menghubungi Pejabat Pusat Khidmat DUN Pelawan mulai hari ini di talian 012-7609822 atau hadir terus ke pejabat berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Antara dokumen yang diperlukan ialah MyKad, geran tanah, bil cukai pintu, atau bil utiliti sebagai bukti pemilikan.

Menurut Tiang, usaha menyalurkan pampasan ini adalah hasil komitmen beliau dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang berjanji semasa kempen Pilihan Raya Umum 2018 untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pelaksanaan projek sistem pembetungan pusat di Taman Rajang.

Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS), projek ini melibatkan pemasangan semula tangki septik baharu untuk penduduk yang terjejas, baik pulih sistem pembetungan serta perigi yang runtuh, bagi memastikan premis komersial dan setiap kediaman memiliki tangki septik tersendiri.

Namun, sebelum projek siap sepenuhnya, sebanyak 320 rumah telah menggunakan wang sendiri untuk membeli dan memasang tangki septik secara individu. Mereka kemudian memohon bantuan kewangan daripada Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Sebagai tindak balas, beliau berjanji pada 2020 untuk memperjuangkan tuntutan pampasan, dan hasil usaha berterusan, Premier bersetuju untuk menyalurkan dana tersebut.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Anak buaya tersesat dalam parit berjaya ditangkap
Next: Hijrah peluang perbaiki diri – Dr Abdul Rahman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.