Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN dalam teknologi digital AI
  • SEMASA

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN dalam teknologi digital AI

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI Digital Gobind Singh Deo. Foto Bernama

BANGKOK: Menteri Digital Gobind Singh Deo menegaskan inisiatif Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab dan mempererat kerjasama serantau semasa Forum Global UNESCO ke-3 mengenai Etika Kecerdasan Buatan (GFEAI 2025) semalam.

Gobind menegaskan komitmen Malaysia untuk mempromosi tadbir urus AI yang beretika, membina kerjasama serantau dan memastikan kemajuan negara seiring dengan piawaian etika global.

“Dengan perkembangan pesat AI, dialog yang bermakna dan kerjasama antarabangsa amat penting untuk membina masa depan yang inklusif, selamat dan bermanfaat untuk semua,” katanya semasa perbincangan panel menteri peringkat tinggi bertajuk “Memupuk Dialog Global Mengenai Kecerdasan Buatan demi Masa Depan Bersama,” ujarnya.

Dalam sesi terdahulu bertajuk “Daripada Penilaian Kesiapsiagaan kepada Pengukuhan Keupayaan Institusi, Teknikal dan Sumber Manusia dalam AI”, Gobind berkongsi pencapaian Malaysia seperti memperkukuh sambungan digital negara, pendekatan pelbagai dimensi dalam pembangunan infrastruktur, bakat dan kepercayaan digital, serta pengenalan peraturan pusat data untuk menjadikan Malaysia hab serantau bagi infrastruktur data.

“Saya yakin lebih banyak pencapaian membanggakan akan dicapai. Namun begitu, kemajuan seterusnya mesti disokong oleh dasar dan peraturan yang kukuh serta berpandangan jauh,” katanya sambil menegaskan komitmen Kementerian Digital untuk menerajui agenda digital yang inklusif, selamat dan mampan.

Gobind turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Ekonomi dan Masyarakat Digital Thailand merangkap Timbalan Perdana Menteri Prasert Jantararuangtong.

Perbincangan mereka tertumpu kepada peluang kerjasama serantau dalam teknologi digital dan AI, khususnya aplikasi transformatif dalam sektor pertanian, kesihatan dan pengangkutan.

“Bersandarkan hubungan yang dibina sejak ADGMIN, kami mengulangi komitmen bersama terhadap kerjasama ASEAN dalam bidang teknologi digital dan AI. Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 turut menjemput Thailand ke Sidang Kemuncak AI ASEAN pada Ogos dan Ekspo Bandar Pintar pada September di Kuala Lumpur,” kata Gobind.

Kedua-dua menteri juga membincangkan keperluan mendesak untuk tindakan bersama menangani ancaman keselamatan siber dalam landskap digital yang semakin dipacu AI.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Datuk Bandar Kuching Selatan wakili Malaysia di Persidangan Tahunan XVII Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO
Next: Penggunaan elektrik secara berhemat, bijak atur masa mampu jimatkan bil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.