Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi kurnia Pingat, Darjah Kebesaran kepada 141 penerima
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi kurnia Pingat, Darjah Kebesaran kepada 141 penerima

Utusan Sarawak 15 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Awang Morshidi. -Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan istiadat pengurniaan Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada seramai 141 penerima dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Besar, Astana Negeri, di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada sembilan penerima, yang didahului oleh Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Awang Morshidi.

Acara diteruskan dengan pengurniaan Darjah Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) kepada beberapa ahli akademik, termasuk Profesor Dr. Edmund Sim Ui Hang dan Profesor Dr. Khairul Adha A. Rahims dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Turut menerima darjah ini ialah Profesor Madya Ts. ChM Dr. Mohammad Isa Mohamadin (UiTM Sarawak), Angeline Chia Poh Lin dan Chia Swee Choo.

Tun Wan Junaidi turut mengurniakan Darjah Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada 10 penerima dan Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) kepada 24 penerima.

Sementara itu, 19 penerima telah dikurniakan dengan Darjah Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), manakala 15 lagi individu dikurniakan dengan Darjah Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K)

Pada istiadat kali ini, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) merupakan anugerah dengan jumlah penerima tertinggi, melibatkan seramai 34 penerima.

Majlis diakhiri dengan pengurniaan Darjah Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 25 penerima.

Turut hadir isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Harry Jinep serta tetamu kenamaan lain.

-JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SPRM fail permohonan lucut hak Menara Ilham
Next: PUSPANITA lancar skuad sukarelawan untuk misi bantuan bencana, krisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.