Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert eksklusif ‘WE 4U2C Live In Concert’ 15 September depan
  • HIBURAN

Konsert eksklusif ‘WE 4U2C Live In Concert’ 15 September depan

Utusan Sarawak 12 hours ago
SELEPAS sekian lama menghilang dari radar muzik tempatan, kumpulan hip hop legenda era 1990-an, 4U2C bakal mengubat kerinduan peminat setia mereka dalam sebuah konsert eksklusif bertajuk ‘WE 4U2C Live in Concert’ di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September ini. Dengan tema yang cukup menggamit nostalgia,’Bringin Back Da 90’s Flava’, konsert ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu malar segar seperti Fiona, Kami Rappers dan I Miss U, malah turut mempersembahkan tiga lagu baharu yang terdiri daripada satu lagu balada dan dua lagu rancak sebagai satu kejutan istimewa buat para peminat yang setia menunggu. Kumpulan yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam ini tidak mahu sekadar mengimbau nostalgia sahaja, malah menurut AC Mizal, konsert ini adalah impian yang menjadi kenyataan buat mereka semua. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Selepas sekian lama menghilang dari radar muzik tempatan, kumpulan hip hop legenda era 1990-an, 4U2C bakal mengubat kerinduan peminat setia mereka dalam sebuah konsert eksklusif bertajuk ‘WE 4U2C Live in Concert’ di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada  15 September ini.

Dengan tema yang cukup menggamit nostalgia,’Bringin Back Da 90’s Flava’, konsert ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu malar segar  seperti Fiona, Kami Rappers dan I Miss U, malah  turut mempersembahkan tiga lagu baharu yang terdiri daripada satu lagu balada dan dua lagu rancak sebagai satu kejutan istimewa buat para peminat yang setia menunggu.

Kumpulan yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam ini tidak mahu sekadar mengimbau nostalgia sahaja, malah menurut AC Mizal, konsert ini adalah impian yang menjadi kenyataan buat mereka semua.

“Ini memang mimpi jadi kenyataan. Kami janji, persembahan kali ini bukan sekadar nyanyian ‘miming’ tetapi kami akan menari dan menghiburkan seperti dulu, tiga dekad yang lalu,” katanya pada sidang media konsert di Bukit Bintang semalam.

Menurutnya, idea penganjuran konsert ini bermula daripada isteri beliau, Datin Emylia Rosnaida selepas melihat kejayaan konsert KRU baru-baru ini sebelum  pihak Juss Event Sdn Bhd tampil dengan tawaran rasmi.

Pengacara popular itu berkata, penganjuran konsert itu juga adalah langkah awal mereka untuk kembali aktif dalam arus perdana industri muzik tempatan selepas sekian lama menyepi.

“Objektif kami adalah untuk menjadi ‘trendsetter’ dengan mengembalikan sejarah lalu. Ini peluang terbaik untuk kami membuat kemunculan semula.

“4U2C merupakan kumpulan pertama di Malaysia yang tampil dengan konsep nyanyian sambil menari dan identiti itu akan terus dikekalkan dalam konsert kali ini. Kami mahu tunjuk bahawa dalam Malaysia ini memang ada artis yang benar-benar berkualiti, bukan sekadar menyanyi, tetapi mampu menghiburkan secara menyeluruh,” katanya.

AC Mizal berkata, dalam memastikan mutu persembahan berada pada tahap tertinggi, maestro Aubrey Suwito turut dilantik sebagai pengarah muzik, dibantu oleh barisan 14 pemuzik profesional yang berpengalaman luas dalam industri.

Tiket konsert akan mula dijual pada 30 Jun ini menerusi platform Ticket Empire dan Fantopia, dengan harga bermula RM155 hingga RM555, serta pembelian boleh dibuat menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later.

Maklumat lanjut berkaitan konsert boleh didapati menerusi laman web rasmi Juss dan akaun media sosial mereka di Instagram, TikTok dan Facebook @Juss.Events serta perkembangan terkini 4U2C melalui akaun rasmi kumpulan itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: Stacy bakal bawa kejayaan konsert solo di Sabah ke Kuala Lumpur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.