Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Simunjan turun padang tinjau mangsa kebakaran di Kampung Senangeh
  • Selatan
  • WILAYAH

ADUN Simunjan turun padang tinjau mangsa kebakaran di Kampung Senangeh

Utusan Sarawak 10 hours ago
SUMBANGAN… Awla Dris menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, turun padang meninjau keadaan mangsa kebakaran di Kampung Senangeh dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas.

Dalam lawatannya, beliau turut menyampaikan sumbangan segera berjumlah RM1,000 kepada mangsa bagi membantu menampung keperluan asas seperti makanan dan barangan harian.

“Saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang bertindak cekap dan profesional dalam menangani kejadian ini.

“Saya mendoakan agar mangsa terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan mereka selepas insiden kebakaran ini,” ujar Awla ketika dihubungi UKAS.

Beliau turut menzahirkan komitmen untuk memastikan mangsa diberikan perhatian sewajarnya termasuk dari segi bantuan susulan melalui agensi berkaitan.

Menurut laporan awal, kejadian melibatkan kediaman milik Mandolin Lydia Eman, yang mengalami kemusnahan dianggarkan sekitar 10 peratus melibatkan bahagian struktur rumah.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Asajaya telah bertindak pantas dengan tiba di lokasi kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Usaha memadam kebakaran berjalan lancar dan api berjaya dikawal sepenuhnya tidak lama kemudian.

Turut hadir memberikan bantuan serta memantau keadaan ialah beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asajaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Asajaya dan Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngiling Bidai lambang perpaduan, warisan adat komuniti Dayak
Next: 43 tangki air diserahkan kepada penduduk Kampung Terasi Iban, Tanjung Kelaso

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.