
MIRI: Seorang pekerja kedai serbaneka berusia 19 tahun menahan kesakitan selepas jari kelingking tangan kanannya tertusuk paku pada rak besi dalam kejadian di Kuala Baram, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.32 malam sebelum menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi, kira-kira dua kilometer dari balai.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati jari mangsa tertusuk paku pada rak besi. Pasukan bertindak memotong bahagian rak menggunakan peralatan khas sehingga berjaya membebaskan jari mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas ambulans Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Operasi khas itu tamat sepenuhnya pada 8.07 malam.
Oleh Liong Chai Ling