Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki terjatuh dalam sungai ditemukan lemas
  • KEMALANGAN

Lelaki terjatuh dalam sungai ditemukan lemas

Utusan Sarawak 19 hours ago
Mayat lelaki ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian di Kampung Sungai Alo, hari ini. 

MUKAH: Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sungai Alo, di sini, semalam ditemukan lemas. 

Mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemui pada jam 3.15 petang tadi (24 Jun) pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Nicholas Belulin berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan Persatuan Nelayan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini memasuki hari kedua, dengan pencarian menggunakan kaedah di permukaan air’ dalam radius satu kilometer dari lokasi kejadian menghala ke Kuala Batang Mukah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada jam 11.22 pagi semalam berhubung kejadian terbabit.

Susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Mukah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi SAR.

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera dalam kemalangan kendiri di Bintulu
Next: Kereta terbabas di Jalan Miri-Bintulu undang bahaya kepada pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.