Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Stacy bakal bawa kejayaan konsert solo di Sabah ke Kuala Lumpur
  • HIBURAN

Stacy bakal bawa kejayaan konsert solo di Sabah ke Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Penyanyi popular, Stacy Anam, bakal mengadakan konsert di ibu negara selepas kejayaan konsert solo mega pertamanya di negeri kelahiran selebriti itu di Sabah, Sabtu lepas.

Konsert bertemakan ‘Aku Stacy (Menggegar Kota U)’ yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) itu menghimpunkan hampir 3,000 peminat, menyaksikan Stacy menghiburkan penonton dengan persembahan hampir tiga jam yang penuh tenaga dan emosi.

“Ini baru permulaan, kami sedang merancang untuk membawa konsert ini ke Semenanjung pula. Kalau Sabah boleh gegarkan SICC, saya yakin Kuala Lumpur pun boleh kita gegarkan sama-sama nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Konsert anjuran Rhythm & Rhyme Entertainment bersama U Mobile itu membuka tirainya dengan lagu ‘Pakai Buang’, diikuti deretan lagu popular seperti ‘Cakap Ke Tangan’, ‘Not For Sale’, ‘Gilalah’, ‘Bosan’ dan single terbaharu Stacy, ‘Menyala’.

Isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu turut mengejutkan penonton apabila ‘terbang’ di tengah dewan sewaktu menyampaikan lagu ‘Khayal’, selain menyentuh emosi hadirin dengan nyanyian balada ‘Kisah Dongeng’ dan ‘Pelangi Senja’.

Menurut Stacy, segmen istimewa ‘Asmaradana’ yang pernah dipersembahkannya dalam sebuah rancangan realiti sebelum ini turut dipentaskan semula dengan suntikan budaya Sabah melalui rekaan busana dan latar visual berunsur etnik.

Katanya, kemuncak emosi konsert tersebut adalah ketika beliau mengenang arwah abangnya, Chaq, yang menjadi individu terpenting dalam perjalanan awal kerjayanya. 

“Saya dapat rasakan kehadirannya malam ini, itu yang memberi saya kekuatan untuk terus menyanyi,” katanya.

Konsert turut diserikan dengan penampilan istimewa suaminya, Akim, menerusi segmen duet lagu seperti ‘Aku, Kau & Muzik’ dan ‘Ritma & Rima’, selain persembahan solo ‘Rampas’ yang mengundang sorakan penonton.

Antara artis jemputan lain yang turut membuat persembahan termasuk Amir Masdi, Elica Paujin, Hafiz Zainal dan Dabra Sia, manakala pelawak Atu Zero menceriakan suasana dengan selingan lawak bersahaja.

Stacy turut mencuri tumpuan apabila berjaya menukar 10 busana dalam satu malam, selain menampilkan rekaan khas pereka fesyen tempatan sebagai lambang evolusi dan kepelbagaian identitinya sebagai bintang.– Bernama

Continue Reading

Previous: Selepas 30 tahun, Elite kembali dengan konsert solo 20 September ini
Next: Konsert eksklusif ‘WE 4U2C Live In Concert’ 15 September depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.