Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan ke Rumah Gendang siap diturap sepenuhnya, kos cecah RM400,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan ke Rumah Gendang siap diturap sepenuhnya, kos cecah RM400,000

Utusan Sarawak 11 hours ago
RASMI…Datuk Teo Boon Siew (tiga kanan), Amping Ranggau (empat kanan) serta yang lain ketika merasmikan jalan tersebut.

SIBU: Projek penurapan jalan ke kawasan Assan Tengah yang menghubungkan ke Rumah Gendang dalam bahagian tengah kawasan Dudong telah siap sepenuhnya.

Sempena siapnya projek tersebut, penduduk rumah panjang menjemput Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong, Datuk Teo Boon Siew bagi menghadiri majlis doa selamat dan merasmikan pembukaan jalan berkenaan, semalam.

Menurut Datuk Teo, projek ini merupakan sebahagian daripada perancangan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang telah beliau perjuangkan ketika masih berkhidmat sebagai ahli majlis.

“Projek ini membabitkan kos melebihi RM400,000 dan dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS),” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian.

Tambahnya, jalan yang diturap ini akan memberi kemudahan lebih baik kepada penduduk sekitar serta melancarkan perhubungan antara rumah panjang.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PDP Bahagian Dudong, Amping Ranggau, Pemanca Paing Tawi serta Tuai Rumah daripada enam rumah panjang sekitar kawasan tersebut

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat agenda utama dibincang, fokus peningkatan kemudahan
Next: Awang Irwan juara SBC Idol 2025 di The Summer Mall

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.