Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 peserta tamat Latihan Kraftangan Sugu Tinggi
  • Tengah
  • WILAYAH

21 peserta tamat Latihan Kraftangan Sugu Tinggi

Utusan Sarawak 12 hours ago
KRAF….. Roselind Ngali (duduk empat kiri) bersama dengan peserta program Latihan Kemahiran Sugu Tinggi.

SIBU: Seramai 21 peserta berjaya menamatkan program Latihan Kemahiran Sugu Tinggi yang diadakan di Santabelle Enterprise, Jalan Permai Utara, semalam.

Program percuma anjuran Mitz Agency dengan sokongan Majlis Kraf Sarawak (SCC) ini bertujuan memperkasa komuniti tempatan melalui latihan kemahiran menghasilkan kraftangan tradisional.

Ketua Fasilitator yang juga Pengasas Mitz Agency, Roselind Ngali berkata, sambutan amat menggalakkan walaupun program pada asalnya hanya dibuka kepada 20 peserta.

“Kita hanya buka penyertaan untuk 20 peserta, namun menerima 21 peserta termasuk empat peserta lelaki yang menunjukkan minat tinggi dalam pembuatan kraftangan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan.

Roselind berharap agar peserta terus aktif menghasilkan kraftangan Sugu Tinggi dan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan untuk diri dan keluarga.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada SCC atas sokongan yang membantu menjayakan program tersebut.

Turut hadir Natalie Dayut, Patricia Limau dan Patricia Ngali.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngiling Tikai disambut meriah, projek naik taraf RM100,000 diumum
Next: Empat agenda utama dibincang, fokus peningkatan kemudahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.