Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngiling Tikai disambut meriah, projek naik taraf RM100,000 diumum
  • Selatan
  • WILAYAH

Ngiling Tikai disambut meriah, projek naik taraf RM100,000 diumum

Utusan Sarawak 2 weeks ago
MAJLIS diserikan dengan kehadiran dua pemimpin utama kawasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, yang hadir menyantuni masyarakat setempat dalam suasana penuh simbolik dan semangat perpaduan. -Foto UKAS

SIMUNJAN: Suasana meriah dan penuh adat tradisi sempena sambutan majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak di Kampung Ensengei Iban Baru dan Kampung Ensengei Iban Lama, semalam.

Majlis diserikan dengan kehadiran dua pemimpin utama kawasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, yang hadir menyantuni masyarakat setempat dalam suasana penuh simbolik dan semangat perpaduan.

Dalam ucapannya, Awla mengumumkan pelaksanaan satu lagi projek pembangunan di kampung tersebut iaitu projek naik taraf tempat letak kenderaan bernilai RM100,000 yang akan dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026.

“Ini antara kemudahan yang mampu disediakan berdasarkan keutamaan dan kemampuan semasa. Sekiranya ada peluang lain, saya dan Rodiyah akan terus bekerjasama bagi memastikan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kampung ini,” katanya.

Menurut beliau, pengumuman itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, khususnya dalam penyediaan kemudahan asas.

Awla turut meluahkan rasa bangga apabila melihat ruai rumah panjang di kedua-dua kampung tampil lebih kemas dan selesa selepas projek pemasangan jubin lantai disiapkan sepenuhnya baru-baru ini.

“Saya hadir ke majlis Gawai tahun ini dengan rasa syukur dan bangga kerana lantai ruai telah dipasang jubin sepenuhnya, menjadikan suasana lebih bersih dan selesa untuk kegunaan bersama,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Rodiyah atas sumbangan dan peruntukan yang membolehkan projek berkenaan direalisasikan.

“Saya harap penduduk kampung menghargai usaha Rodiyah yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat luar bandar, khususnya komuniti rumah panjang seperti ini,” tambahnya.

Sebagai simbolik, gimik perasmian ruai dan lantai jubin baharu telah disempurnakan bersama oleh Awla dan Rodiyah, menandakan komitmen kerajaan dalam memperbaiki mutu kehidupan masyarakat luar bandar. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UKPS perkukuh keselamatan, penguatkuasaan di Tanjung Manis – Abdullah Saidol
Next: 21 peserta tamat Latihan Kraftangan Sugu Tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.