
SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada seorang wanita warga emas baru-baru ini.
Menurut jurucakap Pusat Khidmat Repok, kerusi roda itu telah diserahkan oleh pasukan mereka kepada penerima yang menetap di Jalan Meranti.
“Warga emas yang menerima sumbangan tersebut ialah Hung Ngiik Lang, berusia 83 tahun,” katanya ketika dihubungi.
Tambah jurucakap itu, keluarga penerima menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan oleh Datoʼ Sri Huang.
“Mereka sangat berterima kasih kepada Datoʼ Sri Huang Tiong Sii atas sumbangan yang amat bermakna ini,” katanya.
Oleh Earl Anek