


DITANGKAP….Anggota bomba menangkap ular sawa, malam tadi. -Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Seekor ular sawa yang ditemui di atas pokok berhampiran sebuah rumah di Jalan Exora, di sini, berjaya ditangkap oleh anggota bomba, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah terbabit pada 11.56 malam.
“Bertindak atas panggilan itu, sepasukan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Hilary Pitre Ambit telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa berada di atas sebatang pokok berhampiran rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut beliau, operasi menangkap ular menggunakan alat penjerut mengambil masa kira-kira 13 minit.
“Operasi khas menangkap ular itu tamat sepenuhnya pada 12.19 tengah malam.
“Ular sawa berkenaan kemudian dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk,” katanya lagi.
Oleh Earl Anek