
MIRI: Tindakan pantas pemilik kedai runcit memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan premisnya di Bandar Baru Permyjaya, Jalan Dato Permaisuri di sini daripada musnah terbakar petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 2.50 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 14 kilometer dari balai.
“Setibanya PKO di lokasi kejadian, mendapati telah berlaku kebakaran melibatkan satu unit penghawa dingin yang menyebabkan kerosakan lebih kurang 20 peratus pada struktur bangunan.
“Bagaimanapun, api telah dipadam sepenuhnya oleh pemilik kedai runcit tersebut dengan menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.
Henry berkata, kebakaran tidak melibatkan mangsa, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Liong Chai Ling