Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Seorang lelaki meninggal dunia akibat selsema burung H5N1 di Kemboja
  • KESIHATAN

Seorang lelaki meninggal dunia akibat selsema burung H5N1 di Kemboja

Utusan Sarawak 20 hours ago
GAMBAR hiasan.

PHNOM PENH: Seorang lelaki berusia 52 tahun dari Wilayah Svay Rieng di tenggara Kemboja meninggal dunia akibat jangkitan selesema burung H5N1, menjadikannya kematian manusia kelima akibat virus itu setakat tahun ini, lapor Xinhua.

“Keputusan makmal daripada Institut Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan pada 20 Jun bahawa lelaki itu disahkan positif virus H5N1,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan meneliti sebarang kes yang disyaki atau individu yang pernah berhubung rapat dengan mangsa bagi mengelakkan penularan wabak dalam komuniti, menurut kenyataan itu.

Ubat antivirus Tamiflu (oseltamivir) turut diberikan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan pesakit bagi mencegah penularan selesema burung, katanya.

Setakat tahun ini, negara Asia Tenggara itu telah merekodkan enam kes jangkitan H5N1 dalam kalangan manusia, dengan lima daripadanya maut.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: RAPPORT lancar cabaran turun berat badan, galak gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.