Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool sambar Kerkez dengan nilai perpindahan RM229 juta – laporan
  • SUKAN

Liverpool sambar Kerkez dengan nilai perpindahan RM229 juta – laporan

Utusan Sarawak 12 hours ago

Milos Kerkez

LONDON: Liverpool bersetuju menandatangani pemain bek kiri Bournemouth, Milos Kerkez dalam satu perpindahan yang dilaporkan bernilai £40 juta (RM229 juta), menurut laporan hari ini.

Kerkez dijangka ke Merseyside untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum melengkapkan perpindahan ke juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Pemain berusia 21 tahun itu menarik perhatian Liverpool musim lalu menerusi prestasi cemerlang bersama Bournemouth, termasuk menjaringkan dua gol dan mencatat lima bantuan gol dalam 38 penampilan EPL.

Pengarah sukan Liverpool, Richard Hughes, pernah membawa Kerkez ke Bournemouth dari AZ Alkmaar semasa beliau bertugas di Stadium Vitality.

Kerkez yang dilahirkan di Serbia memulakan kerjayanya di kelab Hungary, Gyor, sebelum berpindah ke AC Milan, namun tidak pernah membuat penampilan bersama kelab Serie A tersebut.

Dia menyertai kelab Belanda, AZ Alkmaar, pada 2022 dan tiba di Liga Perdana Inggeris bersama Bournemouth setahun kemudian.

Ketibaan Kerkez ke Anfield menimbulkan persoalan mengenai masa depan bek kiri Liverpool, Andrew Robertson, yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid.

Kerkez bakal menjadi pemain terbaharu menyertai Liverpool dalam jendela perpindahan musim panas yang sibuk bagi pengurus baharu, Arne Slot.

Liverpool sebelum ini mendapatkan khidmat bek kanan Belanda, Jeremie Frimpong dari Bayer Leverkusen, bagi menggantikan Trent Alexander-Arnold yang menyertai Real Madrid.

Liverpool juga dilaporkan hampir melengkapkan perpindahan pemain tengah serangan Jerman, Florian Wirtz dari Leverkusen, selepas bersetuju dengan bayaran yang boleh mencecah rekod British sebanyak £116 juta (RM666 juta).

Wirtz dipercayai telah menjalani pemeriksaan perubatan bersama Liverpool hari ini menjelang pengesahan rasmi perpindahannya. – AFP

Continue Reading

Previous: Salah ketuai senarai pendek Anugerah Pemain Lelaki Terbaik PFA
Next: Wirtz akhirnya sah jadi milik Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.