Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kereta musnah terbakar di Jalan Bebuling
  • KEBAKARAN

Dua kereta musnah terbakar di Jalan Bebuling

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran pada dua kenderaan yang terbakar di Jalan Bebuling dekat sini pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Dua kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta berbumbung di Jalan Bebuling telah musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian yang berlaku kira-kira 10.50 pagi itu turut menjejaskan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang hanya terbakar sebanyak 10 peratus.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan daripada penduduk berhubung kebakaran itu sekitar 10.59 pagi dan mengerahkan seramai lapan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Jusmandie Jamaie ke lokasi kejadian.

ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran pada dua kenderaan yang terbakar di Jalan Bebuling dekat sini pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah melaporkan kejadian kebakaran tersebut telah melibatkan dua buah kenderaan iaitu Van Liteace dan Proton Saga yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta berbumbung. 

“Kedua-dua kenderaan tersebut telah terbakar 100 peratus manakala sebuah motosikal jenis Honda Wave terbakar 10 peratus ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian,” katanya.

PGO berkata pasukan operasi sejurus itu menjalankan pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada 11.28 pagi,” ujarnya.

Sementara itu, seramai sembilan orang Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Spaoh turut membantu dalam operasi pemadaman tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Sungai Barie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.