Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sentimen waspada pacu ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
  • BISNES

Sentimen waspada pacu ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan – Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Timur Tengah yang kian meruncing, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, unit tempatan itu naik ke paras 4.2490/2700 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2590/2625, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati apabila pedagang dan pelabur terus mengikuti perkembangan konflik Israel-Iran ketika AS sedang mempertimbangkan tindak balas terhadap tekanan mata wang.

“Bagaimanapun, Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata yang memberi isyarat bahawa para peniaga mungkin beralih kepada mata wang utama lain atau kelas aset berbeza dalam usaha mencari perlindungan,” katanya kepada Bernama.

Namun, Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka terus tertekan dalam masa terdekat berikutan ketidaktentuan global yang terus ketara.

Dalam pada itu, urus niaga awal hari ini menyaksikan ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7264/7547 daripada 5.7164/7211 dan turun berbanding euro kepada 4.8910/9152 daripada 4.8868/8908 sebelumnya.

Namun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9257/9404 daripada 2.9286/9312 sebelumnya.

Ringgit turut mencatat prestasi mengukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.

Mata wang tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3051/3219 daripada 3.3072/3102 semalam dan meningkat kepada 12.9883/13.0593 daripada 12.9966/13.0513 berbanding baht Thailand.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit naik kepada 258.9/260.3 daripada 259.5/259.9 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.39/7.44 daripada 7.41/7.42. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bank Islam lancar IFiRST dorong syarikat laksana amalan lestari
Next: Tiada pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.