Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 anggota polis sertai program derma darah sempena Hari Polis ke-218
  • Utara
  • WILAYAH

40 anggota polis sertai program derma darah sempena Hari Polis ke-218

Utusan Sarawak 23 hours ago

MIRI: Seramai 40 anggota Polis Daerah Miri telah menyertai Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 yang berlangsung di Ruai Kenyalang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, semalam.

Menurut kenyataan IPD Miri hari ini, program berkenaan merupakan hasil kerjasama antara IPD Miri dan Unit Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Miri, Superintenden Nur Ashyikin Abdullah.

Anggota yang menyertai program terdiri daripada pegawai kanan, pegawai berpangkat rendah serta kakitangan awam yang layak untuk menderma darah.

Dalam ucapannya, Nur Ashyikin menyatakan harapan agar lebih ramai anggota tampil untuk menderma darah, tahun depan.

“Amalan menderma darah dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga PDRM, khususnya dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“Selain menderma darah, terdapat juga anggota yang mendaftar sebagai penderma organ,” katanya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja pemasangan paip utama LAS bermula esok di Sibu
Next: PAC Sarawak tinjau projek pelancongan di Pantai Tusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.