Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Lewotobi meletus lagi, muntah abu setinggi 11km
  • GLOBAL

Gunung Lewotobi meletus lagi, muntah abu setinggi 11km

Utusan Sarawak 16 hours ago

Penduduk kampung Talibura di Sika, Nusa Tenggara Timur menyaksikan asap tebal dimuntahkan oleh Gunung Lewotobi Laki-Laki hari ini. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus lagi hari ini dengan memuntahkan abu setinggi 11 kilometer ke udara, menurut agensi vulkanologi negara itu, lapor Channel News Asia (CNA).

Agensi berkenaan turut memaklumkan tahap amaran gunung berapi itu dinaikkan ke tahap paling bahaya, dengan amaran kemungkinan aliran lahar sekiranya hujan lebat berlaku.

Letusan terakhir Gunung Lewotobi Laki-Laki berlaku Mei lalu yang menyaksikan pihak berkuasa turut menaikkan tahap amaran tertinggi.

Gambar yang dikongsi oleh agensi berkenaan memaparkan kepulan abu berwarna jingga berbentuk cendawan menyelubungi sebuah kampung berhampiran.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat gangguan terhadap penerbangan. 

Ketika gunung itu meletus pada Mac lalu, beberapa syarikat penerbangan termasuk Jetstar dan Qantas Airways dari Australia terpaksa membatalkan dan menangguhkan penerbangan ke Bali.

Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia serta Agensi Pengurusan Bencana yang bertanggungjawab dalam operasi pemindahan masih belum memberikan sebarang kenyataan terhadap kejadian berkenaan.

Indonesia terletak di atas Lingkaran Api Pasifik iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti seismik tinggi akibat pertembungan beberapa plat tektonik. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Pesawat Saudia Airlines lakukan pendaratan cemas di Indonesia susulan ancaman bom
Next: Pelaburan minyak global djangka susut 6 peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025 – IEA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.