Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Jejambat Medan utamakan keselamatan, trafik
  • Utara
  • WILAYAH

Projek Jejambat Medan utamakan keselamatan, trafik

Utusan Sarawak 12 hours ago

SESI DIALOG… Johnny Pang mengadakan sesi dialog bersama JKR, kontraktor dan firma perunding kejuruteraan baru-baru ini bagi meneliti perkembangan projek Jejambat Medan.

BINTULU: Keselamatan awam dan kelancaran aliran trafik menjadi keutamaan dalam pelaksanaan Projek Jejambat Medan, yang kini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai sasaran siap menjelang Disember 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, Jejambat Medan merupakan salah satu projek infrastruktur penting di Bintulu yang menarik perhatian ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan sepanjang tempoh pembinaan.

“Keselamatan awam mesti menjadi keutamaan. Kelancaran trafik juga penting dan paling utama adalah memastikan kemajuan kerja setiap hari agar projek dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas sesi dialog bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan firma perunding kejuruteraan baru-baru ini bagi menilai perkembangan terkini projek berkenaan.

Menurutnya, susulan harapan penduduk agar projek disiapkan lebih awal, beliau telah menggesa kontraktor menambah tenaga kerja bagi memastikan kemajuan kerja dipertingkatkan.

Beliau menambah, antara cabaran utama yang dikenal pasti adalah penyelarasan kerja melibatkan pemindahan kabel bawah tanah, yang menjejaskan jadual asal projek.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan agar mesyuarat teknikal disegerakan dengan kehadiran wakil agensi yang mempunyai kuasa membuat keputusan bagi mempercepatkan tindakan.

Katanya, kontraktor telah memulakan kerja syif malam dan menambah tenaga kerja bagi memastikan kemajuan kerja berjalan lancar.

Namun, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melalui kawasan pembinaan khususnya pada waktu malam.

“Sebagai wakil rakyat, saya tidak campur tangan dalam hal teknikal, namun saya akan pastikan projek ini berjalan dengan selamat, trafik kekal lancar dan penduduk tidak terjejas,” tegasnya.

Beliau turut menekankan isu jalan berlubang, permukaan tidak rata dan pengurangan lorong kepada satu hala perlu ditangani segera kerana boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Dalam masa sama, beliau meminta agar bahagian projek berhampiran SMK Bintulu diberi keutamaan khususnya berkaitan pengurusan trafik di kawasan tempat letak kereta sekolah tersebut.

Katanya, banyak aduan diterima berhubung aliran trafik yang tidak teratur termasuk kejadian kenderaan melawan arus dan pihaknya telah menggesa JKR mempercepatkan penyelesaian laluan keluar masuk di kawasan terbabit demi keselamatan pengguna.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 17 agensi, 28 KMKK terlibat Dialog Projek SSLR Fasa 2
Next: 67 warga Miri terima sijil pengiktirafan Bumiputera Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.