Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Insentif pendidikan galak pelajar DUN Bukit Saban ke menara gading
  • PENDIDIKAN

Insentif pendidikan galak pelajar DUN Bukit Saban ke menara gading

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas menyerahkan insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar cemerlang dari kawasan DUN Bukit Saban dalam satu majlis khas, semalam. Foto UKAS

BETONG: Seramai 22 orang pelajar cemerlang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban telah menerima insentif pendidikan sebagai pengiktirafan atas kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM 2024 serta pencapaian mereka dalam melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Daripada jumlah tersebut, 13 pelajar peringkat ijazah menerima insentif sebanyak RM1,500 setiap seorang, manakala enam pelajar diploma menerima RM1,000 setiap seorang.

Tiga orang pelajar SPM yang memperoleh keputusan cemerlang 8A dan 9A menerima insentif khas sebanyak RM2,000 seorang.

Insentif tersebut disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu majlis khas, semalam.

Majlis ini merupakan siri kedua selepas majlis serupa diadakan di Kuching sebelum ini, yang turut melibatkan 18 orang pelajar dari konstituensi yang sama.

Dalam ucapannya, Datuk Amar Douglas menegaskan bahawa insentif ini bukan sahaja sebagai bentuk bantuan kewangan, malah bertujuan memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar untuk terus berjaya di peringkat pengajian tinggi.

“Dunia moden hari ini amat memerlukan insan berpendidikan dan berkemahiran untuk meningkatkan taraf hidup.

“Insentif ini adalah salah satu usaha kita untuk mendorong pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya.

Uggah turut menekankan kepentingan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sebagai asas kepada peluang pekerjaan masa depan, dan menyatakan bahawa kerajaan Sarawak akan mula menyediakan pendidikan percuma di beberapa IPT milik negeri yang menumpukan kepada bidang tersebut bermula tahun depan.

“Anak-anak luar bandar juga memiliki potensi yang besar seperti anak-anak di bandar.

“Apa yang diperlukan adalah komitmen bersama antara pihak sekolah, ibu bapa, dan pelajar sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah menyambut baik kelulusan pembinaan Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak di kawasan Betong serta kewujudan MRSM Betong yang dilihat sebagai pemangkin kepada kemajuan sektor pendidikan di kawasan tersebut.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program latihan EV galak belia Sarawak kuasai kemahiran masa depan
Next: Pelajar UTM cipta sistem IoT pantau kualiti air kolam ikan menerusi telefon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.