Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh orang bunuh pegawai polis dihukum mati
  • GLOBAL

Tujuh orang bunuh pegawai polis dihukum mati

Utusan Sarawak 5 years ago
FOTO menunjukkan beberapa anggota polis Mesir mengawal sebuah pusat pemeriksaan di Utara Sinai pada 21 Januari 2015. • Foto AFP

KAHERAH: Mesir menggantung sampai mati tujuh individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang pegawai polis pada tahun 2013 di bandar Ismailiya, timur laut negara itu, kata seorang pegawai keselamatan semalam.

“Pada Selasa lalu, perkhidmatan penjara melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap tujuh orang yang disabitkan kesalahan membunuh Kapten Abu Douma,” katanya.

Mayat ketujuh-tujuh pesalah itu telah diserahkan kepada keluarga mereka, tambah pengawal penjara tersebut.

Abu Douma sedang melakukan rondaan di bandar Ismailiya berhampiran Terusan Suez sebelum dia ditembak oleh sekumpulan lelaki bersenjata menunggang sebuah motosikal dan menaiki sebuah kereta serta merampas pistolnya.

Pada November 2018 sebuah mahkamah rayuan menolak rayuan berhubung hukuman mati yang dikemukakan oleh mereka. – AFP

Continue Reading

Previous: Ibadah haji bermula semalam
Next: 17 maut dalam letupan bom kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.