Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ting gesa kakitangan MPS terus kekal bersatu hadapi perubahan kepimpinan
  • Tengah
  • WILAYAH

Ting gesa kakitangan MPS terus kekal bersatu hadapi perubahan kepimpinan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RAKAM KENANGAN… Augustine, Ting, Izkandar dan Sait bersama Ahli Majlis, kakitangan serta tetamu jemputan bergambar kenangan sempena majlis Ngiling Bidai MPS 2025 di Medan Selera Taman Tasik Permai, semalam.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, menggesa semua kakitangan majlis agar terus mengekalkan semangat kerjasama dan saling menyokong dalam menghadapi perubahan kepimpinan pentadbiran.

Beliau berkata demikian susulan pelantikan Setiausaha MPS yang baharu, Sait Enggang, menggantikan mantan setiausaha, Yong Ing Chu.

“Kita akan bekerjasama rapat kerana MPS kini berada dalam fasa perubahan di pejabat Setiausaha Majlis.

“Saya berharap semua kakitangan dapat memberikan sokongan padu kepada Sait seperti mana yang telah diberikan kepada Yong sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ngiling Bidai MPS 2025 di Medan Selera Taman Tasik Permai, di sini semalam.

Ting turut menekankan bahawa kekuatan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada kepimpinan, tetapi juga semangat berpasukan dalam kalangan warga kerjanya.

“Orang awam hanya melihat hasil kerja kita, tetapi kita yang berada di sini tahu erti ketekunan, semangat pasukan dan pengorbanan yang diperlukan untuk memastikan MPS berfungsi dengan cekap dan berkesan.

“Saya berharap pencapaian baik yang telah kita capai sejak beberapa tahun lalu dapat diteruskan di bawah barisan kepimpinan yang ada kini,” ujarnya.

Terdahulu, Ting menyifatkan sambutan Ngiling Bidai sebagai simbolik kepada warisan budaya, perpaduan serta penghargaan terhadap seluruh keluarga MPS.

Katanya, walaupun majlis tahun ini diadakan secara dalaman melibatkan warga kerja sahaja, ia tetap mencerminkan semangat kekeluargaan yang utuh dalam kalangan kakitangan.

“Ngiling Bidai bukan sekadar menandakan penutupan musim perayaan, tetapi ia juga menjadi lambang penyatuan kita sebagai rakan sekerja dan ahli keluarga besar majlis,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley serta barisan Ahli Majlis dan kakitangan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Segerakan penyerahan Kompleks Sukan Komuniti kepada kerajaan Sarawak
Next: Rumah Panjang simbol perpaduan, pusat kehidupan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.