Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM1 juta untuk tambah baik Taman Bulatan Miri
  • TEMPATAN

RM1 juta untuk tambah baik Taman Bulatan Miri

Utusan Sarawak 5 years ago
MENINJAU… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian (kanan) bersama yang lain meninjau keadaan projek menambah baik dan penyelenggaran Taman Bulatan Miri, semalam.

MIRI: Taman Bulatan Miri yang terletak di tengah bandar raya ini akan ditambah baik serta diselenggarakan dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting berkata, projek itu antaranya merangkumi memperbaiki laluan pejalan kaki, mengindahkan persekitaran taman dengan cahaya dan menaiktaraf kemudahan permainan kanak-kanak di taman tersebut.

“Pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf serta penyelenggaraan di Taman Bulatan ini dilaksanakan tahun ini dan akan dilakukan oleh pihak jurutera Majlis Bandaraya Miri (MBM),” katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di taman berkenaan semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBM, Adam Yii.

Ting berharap, usaha menaiktaraf kemudahan di taman itu agar memberikan keselesaan kepada para pengunjung.

Taman Bulatan Miri merupakan salah satu taman rekreasi yang terkenal di sini dan sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berjogging dan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Masyarakat perlu patuh SOP
Next: Umpan ayam mengena

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.