Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tengku Zafrul mahu penyelesaian segera isu kontrak Pearly- Thinaah
  • SUKAN

Tengku Zafrul mahu penyelesaian segera isu kontrak Pearly- Thinaah

Utusan Sarawak 2 days ago
PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melawat sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru agar isu kontrak melibatkan Pearly Tan dan M. Thinaah diselesaikan dengan segera, sambil menyatakan harapan agar pasangan itu terus kekal bersama skuad kebangsaan.

Beliau berkata adalah penting bagi pasukan kebangsaan mengekalkan kestabilan dan fokus, khususnya kepada pemain yang sedang membuat persiapan menghadapi kejohanan utama.

“Perkara seperti ini ada kalanya tidak bagus dalam usaha kita untuk memberikan fokus 100 peratus kepada apa yang ingin dicapai.

“Kedua, kita perlu memastikan semua pemain kekal bersama BAM. Jadi, saya telah meminta pihak pengurusan untuk mencuba sedaya upaya memastikan mereka kekal,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan pemain kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan berkenaan masih belum menandatangani kontrak baharu bersama BAM selepas kontrak terdahulu tamat pada Disember lepas.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan mereka bersama BAM, Pearly-Thinaah tetap menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjuarai Terbuka Thailand pada Mei.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata BAM masih dalam usaha memperkukuh garis panduan bagi pemain yang sedang melalui proses peralihan keluar daripada skuad kebangsaan.

“Saya rasa kita perlu melihat perkara ini secara objektif kerana kita tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Namun pada masa yang sama, seperti yang saya nyatakan, kita mahu fokus kepada hasil,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ee Wei sudah mula dapat rentak bersama Tang Jie
Next: Frank kini pengurus baharu Spurs, ganti Postecoglou

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.