KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato Gerawat Gala, semalam.
Istiadat diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bertempat di Astana Negeri pada jam 11.00 pagi, semalam.
Istiadat tersebut dimulakan dengan penerimaan surat pelantikan oleh Gerawat dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak.
Gerawat yang berketurunan Kelabit telah memegang jawatan sebagai Timbalan Speaker DUN Sarawak sebelum ini selamat empat tahun.
Beliau merupakan kelahiran Bario juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu.
Turut hadir barisan menteri-menteri kabinet negeri dan dif-dif kenamaan.