ATALANTA kekal di tangga ketiga dalam Serie A dengan gol Ruslan Malinovskyi dan Papu Gomez dalam babak kedua memastikan kemenangan 2-1 ke atas Parma semalam.
Pemain tengah Sweden, Dejan Kulusevski telah menjaringkan gol untuk pasukan pertengahan liga Parma menentang bekas kelabnya sebelum rehat.
Tetapi Malinovskyi menyempurnakan sepakan percuma dengan perlawanan berbaki 20, dan Gomez meraih gol kemenangan enam minit sebelum tamat dengan pasukan dari utara memanaskan badan mereka untuk perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara UEFA bulan depan menentang Paris Saint-Germain.
Pasukan Gian Piero Gasperini sudah mengesahkan tempat dalam Liga Juara-Juara UEFA musim depan dan mensasar tempat kedua yang bersejarah dalam liga.
Mereka berada di kedudukan ketiga di belakang Inter Milan, satu mata di belakang pasukan Antonio Conte, dengan kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan terakhir musim ini hujung minggu ini.
Inter Milan mengalahkan Napoli 2-0 di San Siro untuk terus berada di tempat kedua.
Juventus sudah meraih gelaran Serie A kesemvilan berturut-turut, tetapi tiga pasukan bersaing untuk menduduki tempat kedua – Inter Milan, Atalanta dan Lazio.
Parma mendominasi awal di tempat sendiri dengan Kulusevski, dipinjaman dari Juventus, meletakkan tuan rumah di depan dua minit sebelum rehat.
Tetapi Malinovskyi menjaringkan gol penyamaan dengan tendangan bebasnya melewati tembok Parma, kemudian kapten Gomez menjaringkan gol kemenangan untuk melebarkan rentak tanpa kalah pasukannya kepada 17 perlawanan, dengan gol liga ke-98 kelab setakat musim ini. – AFP