INTER Milan melepasi halangan Napoli 2-0 untuk mempertahankan tempat kedua dalam Serie A Itali semalam di hadapan Atalanta yang sebelumnya bangkit untuk mengalahkan Parma.
Juventus sudah berjaya merangkul gelaran liga kesembilan berturut-turut, tetapi tiga pasukan berebut tempat kedua – Inter Milan, Atalanta dan Lazio – memasuki pusingan terakhir perlawanan di Itali.
Pasukan Inter, Antonio Conte mendahului satu mata di hadapan Atalanta dengan kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan terakhir musim ini pada hari Ahad.
Lazio, di tangga keempat, akan menentang Brescia pada hari Khamis , dengan pasukan Simone Inzaghi juga masih berpeluang menduduki tempat kedua, dengan perlawanan terakhir mereka menentang Napoli pada hujung minggu.
Danilo D’Ambrosio meletakkan Inter di depan selepas 11 minit di San Siro dengan Lautaro Martinez menambah gol kedua 15 minit sebelum tamat untuk menentang Napoli yang berada di tempat ketujuh.
Gennaro Gattuso mengakui Napoli perlu mencari penyelesaian untuk menjaringkan gol sebelum menghadapi Barcelona dalam perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara UEFA pada 9 Ogos.
“Kami harus bekerja, kami kekurangan sedikit jiwa,” kata Gattuso, yang pasukannya tidak memiliki apa-apa untuk dipertaruhkan dalam liga kerana mereka sudah mengesahkan tempat dalam Liga Europa setelah menjulang Piala Itali.
“Selepas Piala Itali kami tampil dengan baik tetapi tidak ada mempunyai sentuhan penyudah yang diperlukan. Menentang Barcelona, ini akan menjadi cerita yang berbeza.” – AFP