Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 24 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran tiga rumah di Sibu
  • KEBAKARAN

24 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran tiga rumah di Sibu

Utusan Sarawak 3 days ago

OPERASI… Pasukan bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran tiga rumah di Jalan Bunga Raya, awal pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Sebanyak tiga rumah di Jalan Bunga Raya musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, mengakibatkan seramai 24 penduduk kehilangan tempat tinggal.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.53 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral pasukan bantuan BBP Sungai Merah ke lokasi.

KEBAKARAN berjaya dikawal. Foto JBPM Zon Sibu

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan tiga rumah dua tingkat berstruktit kekal. Rumah pertama terbakar 100 peratus, rumah kedua dan ketiga masing-masing 50 peratus. Empat kenderaam terbakar 100 peratus.

“Terdapat seorang mangsa, wanita dewasa mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di tangan dan menerima rawatan awal dari Unit EMRS Bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada 3.50 pagi.

“Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. Manakala seramai 24 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran tersebut, tiada kemalangan melibatkan kematian di lokasi kejadian,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 23 penghuni hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Murum
Next: Kawasan pendakian Tanjong Batu ditutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.