Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Nahas di Gerik: Lima jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan
  • KEMALANGAN

Nahas di Gerik: Lima jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 5 days ago
SERAMAI 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding dibawa untuk disolatkan di Masjid Hadhari, awal pagi ini. Semua jenazah akan dikebumikan di kampung masing-masing pagi ini. FotoBERNAMA

JERTIH: Seramai 13 lagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik, Perak, awal pagi semalam, selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah Fatin Nasrien Fadil, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerandang di sini pada 4.10 pagi.

Kira-kira 100 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung serta Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sementara itu, jenazah Fakhrul Arif Rosdi, 20, dan Sufea Adela Maslihaizan, 21, selamat dikebumikan masing-masing di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Akar serta Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Penaga kedua-duanya pada 4.30 pagi. 

Terdahulu, jenazah Fatin Nasrien, Fakhrul Arif dan Sufea Adela bersama 10 jenazah pelajar UPSI yang lain disembahyangkan di Masjid Hadhari di sini selepas tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak pada 2.55 pagi ini.

Difahamkan, lapan lagi jenazah akan turut dikebumikan awal pagi tadi.

Sementara itu, jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman,22, dan Nurul Izyanti Muhamad Azhar,21, akan dikebumikan pagi ini masing-masing di Tanah Perkuburan Kampung Gong Duek dan di tanah perkuburan di Jalan Hospital Jerteh.

Terdahulu, jenazah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad dan Muhammad Adib Hazim Halim selamat dikebumikan.

Wan Nur Suhaila dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, Kampung Raja, Besut pada 11.37 malam tadi manakala Muhammad Adib di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Hulu Besut dekat sini pada 12.15 tengah malam dan kedua-duanya dibawa dari Hospital Gerik.

Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1.00 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua jenazah pelajar UPSI tiba di kampung halaman
Next: Ibu lega, anak dan menantu selamat, hanya cedera dalam nahas ragut nyawa 15 penuntut UPSI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.