Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Special Olympics: Skuad Bola Keranjang 3X3 sasar kedudukan podium di Switzerland
  • SUKAN

Special Olympics: Skuad Bola Keranjang 3X3 sasar kedudukan podium di Switzerland

Utusan Sarawak 9 hours ago
MALAYSIA menyasarkan membawa pulang pingat pada penampilan sulung Kejohanan Special Olympics 3×3 Unified Basketball Terbuka Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) 2025. Foto Special Olympics Malaysia

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan membawa pulang pingat pada penampilan sulung Kejohanan Special Olympics 3×3 Unified Basketball Terbuka Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) 2025 di Mies, Switzerland pada 14 dan 15 Jun.

Ketua kontinjen Tan Jin Yin berkata pasukan negara, menerima jemputan daripada FIBA untuk beraksi pada saingan di Patrick Baumann House of Basketball akan dibarisi empat pemain iaitu Tiang Pek Kiah, 24; Tiang Ming Xuan, 22; Lim Jia Kee, 19; dan R. Naavalan, 16.

“Pasukan kita telah membuat persiapan rapi menerusi latihan sejak tiga bulan lepas. Kami berharap dapat memenangi pingat. Tetapi, jika tidak mendapat penamat podium, kejohanan ini tetap memberi pendedahan baik untuk pemain beraksi di peringkat antarabangsa buat kali pertama.

“Menariknya, kejohanan ini menggabungkan dua pemain golongan orang kurang upaya (OKU) dan seorang pemain normal beraksi pada satu-satu masa, sekali gus bertepatan dengan objektif utama Special Olympics iaitu sukan untuk semua,” katanya.

Tan berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin di sini hari ini. 

Tan berkata sebanyak 15 pasukan dari 14 negara termasuk Switzerland, Azerbaijan, Bulgaria, Perancis, Itali, Belanda, Jerman, Finland, Lithuania, Turkmenistan dan Montenegro menyertai kejohanan itu. 

Semua 15 pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan menerusi undian yang akan dilakukan selepas semua pasukan tiba di Switzerland, dengan hanya juara kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Pasukan Malaysia dijadualkan berlepas ke lokasi kejohanan pada 12 Jun.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hakim Danish raih kemenangan pertama musim ini di Aragon
Next: Pasangan beregu Desnelvinson-Voon Tong muncul juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.