Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Konsert sulung ‘Gaana King’ Deva, 9 Ogos depan
  • HIBURAN

Konsert sulung ‘Gaana King’ Deva, 9 Ogos depan

Utusan Sarawak 22 hours ago
KONSERT ‘Gaana King’.

KUALA LUMPUR: Legenda muzik India Selatan, Deva atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Gaana King’, bakal membuat penampilan sulungnya di Johor pada 9 Ogos depan menerusi konsert mega di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

Dibawakan oleh SSPS Production dengan kerjasama iGP Production, konsert yang diijadualkan bermula 5.00 petang itu menjanjikan malam penuh nostalgia dan persembahan bertenaga buat para peminat Deva, seorang komposer veteran yang terkenal dengan lagu dan muzik latar filem-filem India Selatan.

Barisan artis yang bakal memeriahkan pentas termasuk penyanyi terkenal India seperti Mano, Anuradha Sriram, Sabesh-Murali dan Srikanth Deva, selain turut menampilkan bakat baharu Ajay Krishna dan Priyanka.

Pihak penganjur dalam satu kenyataan, berkata konsert itu merupakan penghargaan terhadap kerjaya cemerlang Deva serta muzik malar hijau beliau yang terus menyatukan pendengar daripada pelbagai lapisan usia.

Pengarah iGP Production Ezra Hari berkata konsert itu bukan sekadar pelancaran tetapi juga penanda aras penting dalam mengubah landskap hiburan secara langsung di Malaysia.

Beliau turut menjanjikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh penonton dari Malaysia dan Singapura.

Deva, antara komposer muzik paling ikonik dalam sinema Tamil, amat disanjung oleh peminat era 90-an kerana mempopularkan genre gaana, iaitu sejenis muzik rakyat komuniti Tamil yang berentak pantas, melalui lagu-lagu hit satu demi satu yang terus diminati hingga kini.

Tiket kini dijual pada harga promosi awal serendah RM91.80. Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, layari ticket2u.com.my/devajb. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Empat ahli BTS tamat khidmat ketenteraan wajib minggu depan
Next: ‘ON’ BTS lepasi 500 juta strim di Spotify

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.