Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hakim Danish ulangi podium di Litar Aragon
  • SUKAN

Hakim Danish ulangi podium di Litar Aragon

Utusan Sarawak 1 day ago
PELUMBA muda sensasi negara Hakim Danish Ramli.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda sensasi negara Hakim Danish Ramli meneruskan aksi cemerlang apabila menamatkan Perlumbaan Satu pusingan ketiga Kejuaraan Red Bull Rookies Cup di tempat kedua di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.

Dalam perlumbaan yang menyaksikan saingan sengit hingga ke garisan penamat itu, pelumba berusia 17 tahun itu bermula dari petak keenam namun berjaya melonjak ke kelompok hadapan sebelum terpaksa akur dengan kehebatan pelumba tuan rumah, Brian Uriarte.

Bagaimanapun, Hakim Danish terpaksa akur dengan kehebatan pelumba tuan rumah Brian Uriarte yang menjuarai perlumbaan itu dengan catatan masa 26 minit 38.204 saat.

Persaingan sengit di garisan penamat menyaksikan Hakim Danish hanya dipisahkan 0.007 saat di belakang Uriarte, manakala tempat ketiga milik seorang lagi pelumba Sepanyol, David Gonzalez yang ketinggalan 0.068 saat.

Meskipun gagal mempertahankan gelaran juara yang pernah diraihnya di litar sama musim lalu, Hakim Danish tetap berpuas hati dengan keputusan itu.

“Tempat kedua masih satu keputusan yang penting. Saya akan cuba lakukan yang lebih baik dalam Perlumbaan Dua esok,” katanya kepada media selepas perlumbaan.

Dengan keputusan itu, Hakim Danish kekal selaku pendahulu keseluruhan kejuaraan selepas mengumpul 100 mata, dikuti (75 mata) dan Gonzalez (35 mata).

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: “Ini bukan Ronaldo lawan Yamal”
Next: Jom Fit Jom Sihat bermula 5 Julai depan, hadiah wang tunai menanti peserta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.