Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
  • SEMASA

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

Utusan Sarawak 17 hours ago
JEMAAH haji dari seluruh dunia menuju Jamrah bagi menunaikan ibadah melontar Jamrah. Jemaah bergerak dari khemah penginapan di Mina ke Lembah Mina, yang terletak di pinggir kota suci Makkah, untuk melontar tujuh batu kecil ke arah tiga tiang konkrit jamrah yang melambangkan tempat di mana Nabi Ibrahim dikatakan menolak hasutan syaitan. Foto Bernama

MINA: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam menjadikan jumlah keseluruhan lapan kematian setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kematian kelapan melibatkan seorang jemaah lelaki Abd Yazid Matt, 65, disebabkan serangan jantung di Hospital Pakar Al Noor, Makkah.

“Allahyarham yang berasal dari Kangar, Perlis berlepas menerusi KT100 dan menginap di Maktab 82, Al Olayan Al Haram, Makkah meninggal dunia kira-kira 11.22 malam.

“Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham sempat menunaikan wukuf di Arafah, menandakan bahawa rukun hajinya telah sempurna, insya-Allah,” katanya kepada petugas media selepas melawat khemah penginapan jemaah haji Malaysia di sini hari ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris kepada jemaah serta akan mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah yang terlibat.

Mohd Na’im bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH merakamkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat selain diterima segala niat mengerjakan rukun Islam kelima itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemberhentian pekerja Petronas disebabkan cabaran global, bukan isu Petros
Next: Patuhi langkah kesihatan, pastikan ibadah Tawaf lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.