Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • YADIM Sarawak jayakan Ibadah Korban Zon Tabuan penuh harmoni
  • Selatan
  • WILAYAH

YADIM Sarawak jayakan Ibadah Korban Zon Tabuan penuh harmoni

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO’ Sri Hajah Nancy Shukri menyempurnakan simbolik pemotongan daging korban.

KUCHING: Majlis Ibadah Korban Zon Tabuan 1446H yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Parlimen P193 Santubong, Masjid Darus Sa’adah Kampung Tabuan Hilir dan JKKK Kampung Tabuan Lama telah berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan semangat keagamaan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong, Dato’ Sri Nancy Shukri, Ibadah korban bukan sekadar ibadah tahunan, tetapi simbol ketaatan kepada Allah SWT serta semangat kebersamaan yang harus dipupuk dalam masyarakat.

“Majlis Ibadah Korban yang kita laksanakan saban tahun bukan sekadar penyembelihan haiwan korban tetapi merupakan manifestasi keikhlasan, ketaatan dan kasih terhadap sesama insan.

“Ia juga mengajak kita mencontohi kesanggupan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mengutamakan perintah Allah melebihi segala-galanya.

“Dengan ibadah korban ini, setidak-tidaknya golongan yang kurang berkemampuan dapat merasai rezeki untuk makan daging seperti insan-insan yang lain,” katanya ketika berucap sempena majlis Ibadah Korban 1446H anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak di Masjid Darus Sa’adah, Kampung Tabuan Hilir.

Tambah beliau, sambutan menggalakkan terhadap penyertaan ibadah korban tahun ini mencerminkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan umat Islam di kawasan tersebut.

“Sebanyak dua ekor sapi telah dikorbankan di sini menerusi penyertaan oleh 14 orang peserta ibadah korban anjuran YADIM.”

“Saya difahamkan pihak YADIM telah membuka jualan sebanyak RM800 bagi satu bahagian dan sambutannya amat menggalakkan.

“Jualan bahagian korban telah habis dalam masa kurang dari satu minggu, membuktikan kesungguhan masyarakat untuk melaksanakan ibadah ini walaupun ia sunat muakkad,” jelasnya.

Majlis tersebut turut melibatkan kerjasama Pejabat Parlimen P193 Santubong, JKP Masjid Darus Sa’adah dan JKKK Kampung Tabuan Lama.

Dato’ Sri Nancy Shukri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menegaskan komitmen berterusan untuk menyokong pelaksanaan program keagamaan serta kebajikan di kawasan Santubong.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Borneo Pickleball Workshop, Forum 2025 bakal berlangsung di Sibu Ogos depan
Next: Hari Gawai lambang perpaduan, kemajuan sosioekonomi masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.