Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jemaah haji laksana nafar awal, dijadual tinggalkan Mina esok pagi
  • SEMASA

Jemaah haji laksana nafar awal, dijadual tinggalkan Mina esok pagi

Utusan Sarawak 14 hours ago
JEMAAH haji dari seluruh dunia menuju Jamrah bagi menunaikan ibadah melontar Jamrah. Jemaah bergerak dari khemah penginapan di Mina ke Lembah Mina, yang terletak di pinggir kota suci Makkah, untuk melontar tujuh batu kecil ke arah tiga tiang konkrit jamrah yang melambangkan tempat di mana Nabi Ibrahim dikatakan menolak hasutan syaitan. Hari ini bersamaan 11 Zulhijjah, para jemaah dijadualkan melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra, ibadah yang akan diteruskan sehingga 13 Zulhijjah mengikut jadual dan kumpulan masing-masing. Foto Bernama

MINA: Kira-kira 50 peratus jemaah haji Malaysia yang memilih untuk melaksanakan nafar awal dijangka mula bergerak pulang ke penginapan masing-masing di Makkah bermula pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah yang melaksanakan nafar awal iaitu mereka yang telah menyempurnakan empat daripada enam rukun haji, dijadual meninggalkan Mina bermula pukul 6.30 pagi.

“Bagi mengurangkan kesesakan, kita akan membahagikan jemaah kepada dua kumpulan untuk melaksanakan nafar awal. 

“Sebanyak 50 peratus daripada jumlah jemaah akan menyempurnakan nafar awal terlebih dahulu dan kembali ke Makkah. Langkah ini akan membantu melancarkan pergerakan jemaah serta memudahkan pengurusan oleh pihak Tabung Haji,” katanya kepada petugas media selepas melakukan lawatan di khemah penginapan jemaah haji Malaysia, di sini, hari ini.

Mohd Na’im turut mengingatkan jemaah agar mematuhi peraturan ‘lockdown’ yang ditetapkan antara 10.00 pagi hingga 4.00 petang, bagi mengelakkan mereka berada terlalu lama di kawasan panas dan terdedah kepada risiko kesihatan.

“Jemaah diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan dan nasihat yang diberikan oleh petugas kesihatan serta petugas ibadah demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jemaah haji Malaysia yang menunjukkan tahap disiplin dan kebersihan yang tinggi sepanjang berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina, sekali gus menyerlahkan imej jemaah Malaysia berbanding negara lain.

“Sepanjang pemerhatian saya di Arafah dan Muzdalifah, kem-kem penginapan kita berada dalam keadaan sangat bersih. Ini membuktikan bahawa jemaah Malaysia benar-benar menghayati kepentingan menjaga kebersihan dan akhlak mulia sebagai sebahagian daripada ibadah haji,” katanya.

Menurut Mohd Na’im, sehingga semalam (10 Zulhijjah), semua jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Mina dan hampir kesemuanya telah melaksanakan lontaran Jamrah Kubra, iaitu antara kewajipan haji, serta melakukan bertahallul awal dengan mencukur atau memotong sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TPM sumbang daging korban, serikan majlis di Samariang
Next: Pemberhentian pekerja Petronas disebabkan cabaran global, bukan isu Petros

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.