Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Borneo Pickleball Workshop, Forum 2025 bakal berlangsung di Sibu Ogos depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Borneo Pickleball Workshop, Forum 2025 bakal berlangsung di Sibu Ogos depan

Utusan Sarawak 19 hours ago
JOM…Dr Wong Chya Wei (duduk tengah) serta jawatankuasa penganjurnya menunjukkan poster Borneo Pickleball Workshop and Forum 2025 selepas sidang media di Sibu, hari ini.

SIBU: Kelab Pickleball iPlay Swan Squad (iPSS) akan menganjurkan Borneo Pickleball Workshop and Forum 2025 buat julung kalinya pada 27 dan 28 Ogos ini yang bertempat di Hotel Kingwood di sini.

Presiden iPSS, Dr Wong Chya Wei berkata acara selama dua hari itu bertujuan memupuk pertumbuhan sukan pickleball di Borneo, khususnya di Sarawak, menerusi sokongan penuh daripada Business Events Sarawak (BE Sarawak).

“Ini bukan sekadar forum tetapi satu gerakan untuk memartabatkan sukan pickleball.

“Kami menjangkakan antara 200 hingga 300 peserta termasuk jurulatih, pendidik, operator kelab, dan orang awam akan turut serta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara pengisian utama program termasuk Sesi Dialog Panel bersama wakil Majlis Sukan Sarawak, Persatuan Pickleball Malaysia dan pengusaha gelanggang, Ceramah Pakar Lantai, Seminar Kecederaan Sukan dan Pemulihan serta Bengkel CPR dan AED yang dibuka secara percuma kepada orang awam.

Selain itu, Bengkel Pengadil juga akan diadakan bagi individu yang berminat untuk menjadi pengadil atau penjaga garisan kejohanan pickleball yang kian berkembang di sekolah dan kelab komuniti.

“Acara ini turut menampilkan ruang pameran berkaitan peralatan pickleball, penyelesaian pembinaan gelanggang, sistem tempahan serta barangan sukan, selain demonstrasi permainan oleh pemain junior di gelanggang khas yang dibina di dalam ballroom hotel yang pertama kali seumpamanya di Malaysia,” katanya.

Dr Wong turut memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng dijangka hadir sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan forum berkenaan.

“Kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua golongan, termasuk mereka yang berpengalaman dalam sukan raket seperti tenis, badminton, pingpong dan skuasy kerana peralihan kepada pickleball dianggap mudah dan menyeronokkan,” tambahnya.

Sebagai tarikan tambahan, 100 peserta terawal yang mendaftar akan menikmati pelayaran sungai waktu senja secara percuma pada 27 Ogos, bermula jam 5 petang dari Jeti Hotel Kingwood.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihak iPSS atau melayari laman sosial rasmi kelab itu untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Aidiladha di Masjid Darul Hijrah, Simunjan meriah
Next: YADIM Sarawak jayakan Ibadah Korban Zon Tabuan penuh harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.