Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 18 ekor lembu korban diagihkan di kawasan Parlimen Kota Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

18 ekor lembu korban diagihkan di kawasan Parlimen Kota Samarahan

Utusan Sarawak 17 hours ago
SEBANYAK 18 ekor lembu korban telah selamat diturunkan dan diagihkan ke beberapa kawasan dalam Parlimen P.197 Kota Samarahan bermula 4 Jun lalu sehingga petang semalam.

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 18 ekor lembu korban telah selamat diturunkan dan diagihkan ke beberapa kawasan dalam Parlimen P.197 Kota Samarahan bermula 4 Jun lalu sehingga petang semalam.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, agihan lembu korban itu adalah sebahagian daripada usaha tahunan bagi menyemarakkan sambutan Aidiladha serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

“Kita berharap ibadah korban ini memberi manfaat kepada penduduk yang terlibat dan semoga segala urusan dipermudahkan serta diberkati,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Antara kawasan yang menerima agihan lembu korban ialah Kampung Tanjung Parang, Kampung Reban, Kampung Lubok Ria, Kampung Empila Hilir, Kampung Sri Tajo, Kampung Tambirat Tengah, Kampung Sebandi Ulu, Kampung Melayu, Lot Fasa 1 & Fasa 2, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Niup, Kampung Pengkalan Kuap, Masjid Ar-Riyadh, Taman Samarindah dan Masjid Solahuddin Al-Ayubbi serta Kem Penrissen. 

Datuk Rubiah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban berkenaan.

“Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Kota Samarahan,” tambahnya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Umat Islam di Kampung Tambirat sambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran
Next: Kunjungan sempena Gawai eratkan silaturahim antara kaum di Ulu Dijih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.