Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemindahan kampung demi bekalan air Kuching, komitmen penduduk Pain Bojong dihargai
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemindahan kampung demi bekalan air Kuching, komitmen penduduk Pain Bojong dihargai

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Dr Jerip Susil semasa berucap pada majlis penyerahan sijil Ketua Kaum Kampung Pain Bojong dan sambutan Gawai Dayak 2025, di sini, baru-baru ini. -Foto UKAS

PADAWAN: Pengorbanan besar penduduk Kampung Pain Bojong dan beberapa kampung lain yang sanggup berpindah dari tanah asal mereka demi pembangunan Sarawak, khususnya bagi menjamin kelangsungan bekalan air ke Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya dihargai.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil menekankan bahawa pemindahan kampung-kampung ke Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) adalah satu keputusan penting yang membolehkan pembinaan Empangan Bengoh yang menjadi sumber utama bekalan air untuk Kuching dan kawasan sekitarnya.

“Pemindahan Kampung Pain Bojong dan beberapa kampung lain pada 2014 adalah langkah penting demi kelangsungan bekalan air di Bandaraya Kuching menerusi pembinaan Empangan Bengoh.

“Lebih 700 keluarga terlibat, dengan kos penempatan semula mencecah RM400 juta termasuk persedian tapak dan pembangunan prasarana lengkap,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan sijil Ketua Kaum Kampung Pain Bojong dan sambutan Gawai Dayak 2025, di sini, baru-baru ini.

Kini, kawasan BRS telah berkembang dengan pesat dan dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti perumahan selesa, jalan perhubungan, bekalan air dan elektrik, serta tanah pertanian.

Pendidikan turut menjadi keutamaan dengan adanya Sekolah Kebangsaan (SK) Taba Sait yang memberi manfaat kepada anak-anak dari beberapa kampung sekitar.

Dalam majlis yang sama, Rijau Among diumumkan sebagai Ketua Kaum baharu Kampung Pain Bojong, simbolik kepada penerusan kepimpinan akar umbi yang kukuh dalam mendukung pembangunan komuniti.

Datuk Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong dalam majlis berkenaan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaik taraf Dewan Kampung Semban dan Pain Bojong, serta tambahan RM30,000 untuk pelaksanaan projek sama dalam Fasa 3 atau 4 kelak.

Turut hadir Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Padawan, Paul Mathieus Akin. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 800 jemaah tunai Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Muflihin Sebuyau
Next: Buaya 3.2 meter berjaya ditangkap, SFC laksana operasi susulan aduan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.