Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Uzbekistan, Jordan ke Piala Dunia buat kali pertama
  • SUKAN

Uzbekistan, Jordan ke Piala Dunia buat kali pertama

Utusan Sarawak 2 days ago

Uzbekistan sahkan tempat ke Piala Dunia selepas seri 0-0 dengan UAE. - Foto AFP

DUBAI: Uzbekistan dan Jordan mencipta sejarah apabila berjaya layak ke Piala Dunia buat kali pertama dengan kedua-dua pasukan itu akan disertai oleh wakil tetap, Korea Selatan dalam kejohanan tahun depan.

Uzbekistan, antara pasukan kebangsaan Asia yang sedang meningkat naik dengan pantas, seri 0-0 dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi untuk merebut tempat automatik kedua dalam Kumpulan A, walaupun kedudukan pendahulu kumpulan masih terbuka selepas Iran yang sudah layak terlebih dahulu tewas 0-1 kepada Qatar di Doha.

Menjelang aksi terakhir pusingan ketiga pada Selasa, Iran berada di puncak dengan kelebihan dua mata ke atas Uzbekistan.

Dua pasukan teratas bagi setiap tiga kumpulan Asia layak secara automatik ke Piala Dunia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat iaitu UAE dan Qatar dalam Kumpulan A akan beraksi di pusingan keempat kelayakan.

Dalam Kumpulan B, Korea Selatan mengesahkan tempat mereka ke Piala Dunia buat kali ke-11 berturut-turut selepas menewaskan Iraq 2-0 di Basra.

Kemenangan itu, hasil jaringan separuh masa kedua daripada Kim Jin-gyu dan Oh Hyeon-gyu, menyaksikan Korea Selatan merampas semula tangga teratas daripada Jordan, yang sebelum itu menewaskan Oman 3-0 keputusan yang akhirnya cukup untuk melayakkan mereka ke pentas Piala Dunia dengan format baharu 48 pasukan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Raja Jordan, Raja Abdullah II, mengucapkan tahniah kepada skuad negara itu di media sosial.

“Pencapaian bersejarah ini sememangnya layak buat pasukan kita, yang dibarisi bintang serta tenaga kerja yang amat kita banggakan.

“Ucapan terima kasih khas kepada penyokong setia yang menjadi tulang belakang dan sumber semangat kami,” tulis baginda di X.

Ali Olwin menjaringkan hatrik ketika finalis Piala Asia 2023 itu mengukir nama dalam sejarah bola sepak Jordan.

Iraq terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal separuh masa pertama apabila kekasaran Ali Al Hamadi ke atas Cho Yu-min dinaik taraf kepada kad merah selepas semakan VAR.

Iraq kini menghuni tangga ketiga Kumpulan B, namun Oman dan Palestin masih berpeluang untuk mara ke pusingan keempat kelayakan. 

Palestin, yang menewaskan Kuwait 2-0 di Ardhiya, akan melayani kunjungan Oman pada Selasa, manakala Iraq bakal bertemu Jordan di Amman. – AFP

Continue Reading

Previous: Impian Indonesia ke Piala Dunia semakin menyala
Next: Skuasy: Sivasangari kandas di suku akhir British Open

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.