Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian semasa harga rendah yang sederhana dalam keadaan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.50 mata kepada 1,509.47 daripada 1,507.97 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 2.73 mata lebih tinggi kepada 1,510.70.

Pasaran secara keseluruhannya menyaksikan 106 kaunter untung berbanding 100 kaunter rugi manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,928 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 82.87 juta unit bernilai RM52.36 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi bercampur-campur di Wall Street adalah disebabkan data pengambilan pekerja sektor swasta Amerika Syarikat (AS) yang mencatat paras terendah dalam tempoh dua tahun akibat kebimbangan mengenai ketidaktentuan yang memberi tekanan kepada ekonomi AS.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus mencatat aliran menaik sehingga hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berikutan peniaga terus yakin bahawa rundingan antara China dan AS akan diadakan pada bila-bila masa.

Di dalam negara, Thong berkata FBM KLCI pada Rabu berjaya mengubah trend menurun baru-baru ini dan ditutup dalam wilayah positif berikutan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.

Secara keseluruhan, beliau berkata aktiviti dagangan kekal suram seperti yang diperlihatkan oleh jumlah dagangan harian yang rendah sebanyak 2.4 bilion saham.

“Kami mendapati terdapat beberapa penurunan unjuran sasaran FBM KLCI pada tahun ini memandangkan ketidaktentuan perdagangan yang sedang berlaku.

“Bagaimanapun, kami menjangka aktiviti belian pada harga rendah akan berterusan. Oleh itu, indeks diunjurkan bergerak dalam julat 1,505 hingga 1,515 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium menambah 10 sen kepada RM5.00, MRDIY naik 3.0 sen kepada RM1.58, YTL Power International meningkat 5.0 sen kepada RM3.34, Nestle menokok 64 sen kepada RM79.00 dan Sime Darby meningkat 1.0 sen kepada RM1.71.

Bagi saham aktif, syarikat yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Signature Alliance Group naik 6.0 sen kepada 68 sen, NexG menambah setengah sen kepada 38.5 sen, Borneo Oil susut setengah sen kepada setengah sen, OCR tidak berubah pada 3.5 sen dan Country Heights menokok 1.0 sen kepada 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 8.48 mata kepada 11,291.56, Indeks FBMT 100 naik 7.75 mata kepada 11,060.69 manakala Indeks FBM ACE susut 0.89 mata kepada 4,478.76.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 8.18 mata kepada 11,249.83 manakala Indeks FBM 70 susut 1.46 mata kepada 16,167.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 3.57 mata kepada 17,754.28 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.17 mata kepada 150.27, Indeks Perladangan meningkat 5.52 mata kepada 7,209.19 dan Indeks Tenaga menokok 0.81 mata kepada 703.27.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Realiti Tarif: Jangan cagar mata pencarian rakyat dalam sebarang rundingan perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.